Rasuah lebih RM1 juta, PTD kementerian ditahan SPRM

Rasuah lebih RM1 juta, PTD kementerian ditahan SPRM . Seorang penolong setiausaha bahagian di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima rasuah lebih RM1 juta sejak 2016 sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan projek di kementerian terbabit.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 malam di Ibu Pejabat SPRM semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, lelaki berkenaan dipercayai menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal sejak 2016 hingga kini dengan nilai keseluruhan dianggar lebih RM1 juta.

Suapan itu dipercayai sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit, menurut sumber berkenaan.

Lelaki berkenaan direman lima hari bermula hari ini hingga 27 Jun bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, katanya.

Kerajaan China paksa gugurkan kandungan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRU-15 boleh diadakan, jika kadar kebolehjangkitan 0.5

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker