GRO kahwin lelaki tempatan

GRO kahwin lelaki tempatan

Kuala Lumpur: Masuk sebagai pelancong sebelum wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ini akan keluar dari negara ini untuk ‘bersembunyi’ di negara jiran apabila pas pelancong hampir tamat tempoh.

Apabila keadaan ‘reda’, sindiket yang menguruskan GRO warga asing ini akan membawa mereka masuk semula ke negara ini menggunakan pas pelancong untuk menjalankan kegiatan lama.



Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain berkata, sindiket pelacuran sentiasa menukar modus operandi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, jika dahulu wanita warga asing masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong untuk bekerja sebagai GRO akan pulang semula ke negara terbabit selepas pas pelancong tamat.

Katanya, pada masa sama, ada juga antara mereka berkahwin dengan lelaki warga tempatan demi tujuan melanjutkan pas lawatan sosial (PLS) untuk melakukan kerja haram seperti aktiviti pelacuran.

“Sindiket akan mencari lelaki terutama warga emas untuk berkahwin dengan wanita ini, namun hakikatnya mereka ini sebenarnya bekerja sebagai GRO.



“Namun kini, siasatan polis mendapati sindiket tetap membawa masuk GRO ini menggunakan pas pelancong, malah berpura-pura membeli tiket balik bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Razarudin berkata, sindiket tidak kisah membeli tiket pulang kerana harganya juga tidak terlalu mahal.

Menurutnya, perkara sebenarnya mereka akan keluar melalui pintu sempadan negara dan ‘menetap’ sementara di negara jiran apabila tempoh pas pelancong hampir tamat.

“Sebabnya pelancong boleh keluar dari mana-mana pintu sempadan negara dan tidak semestinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



“Mereka berpura-pura pulang sedangkan berada di negara jiran sebelum dalam tempoh terdekat akan masuk semula ke negara ini untuk bekerja sebagai GRO,” katanya.

Katanya, berikutan itu polis sentiasa mengadakan operasi dari semasa ke semasa dalam membanteras kegiatan haram ini.

Keluar Malaysia sekejap sebelum kembali ‘cari makan’

Ramai wanita warga asing yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan tidak bermoral didapati kerap keluar dan masuk ke negara ini dalam tempoh singkat.



Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata, situasi itu boleh dilihat berdasarkan rekod keluar dan masuk pada pasport mereka.

“Jika kita lihat pada pasport mereka, ada yang berada di sini (Malaysia) kurang sebulan dan ada yang lebih dua bulan. Ia bergantung kepada tarikh pas (lawatan sosial) mereka sama ada 30 hari atau 90 hari.

Selalunya mereka akan keluar (dari Malaysia) terlebih dulu sebelum tarikh sah pas lawatan sosial mereka tamat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu di sini, 22 September lalu.



Syamsul berkata, kebanyakan wanita warga asing berkenaan pulang ke kampung halaman mereka.

“Tetapi ada juga yang pergi ke negara lain, mungkin sebagai transit atau berada di sana dalam tempoh masa tertentu sebelum masuk semula ke Malaysia.

“Mereka akan melakukan perkara ini (keluar dan masuk ke Malaysia) berulang-kali sehingga bertahun-tahun sebelum ‘kantoi’ apabila ditahan pihak berkuasa melakukan kegiatan seperti GRO atau pelacuran,” katanya.

Katanya, pemeriksaan mendapati ada warga asing yang ditahan dalam operasi seumpama itu adalah individu yang kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia.



“Mungkin negara lain dia (wanita warga asing) ada pergi, tetapi di Malaysia adalah kali pertama.

“Ada juga wanita warga asing yang ditahan dalam operasi ini tinggal lebih masa. Mereka yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Justeru, katanya, JIM khususnya JIM Kuala Lumpur akan neneruskan operasi di semua jenis premis termasuk pusat hiburan di ibu kota.”Kami harap orang ramai memberikan maklumat aktiviti warga asing yang mencurigakan supaya tindakan dapat diambil,” katanya. HM

GRO kahwin lelaki tempatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker