Trending

Kahwin awal elak maksiat – Nuha, Naufal

Kahwin awal elak maksiat – Nuha, Naufal

Pasangan duet, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin menggalakkan perkahwinan pada usia muda bagi mengelakkan masalah sosial dan maksiat.

Nuha, 22, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin berkata, golongan remaja khususnya perlu bersedia dalam banyak perkara terlebih dahulu.



“Saya menggalakkan kahwin awal bagi mereka yang dah bersedia. Kalau dah sedia untuk berkahwin, umur itu tak kisah pun berapa. Cuma kalau yang masih bersekolah itu agak tak sesuai. Tapi kalau atas persetujuan keluarga okay saja. Kalau mereka okay kenapa tidak, kita nak elakkan maksiat.

“Secara peribadi, saya jenis orang yang mengambil berat mengenai pendidikan jadi kalau nak kahwin boleh tapi atas persetujuan keluarga. Tapi kalau boleh habiskan sekolah dulu dan kalau nak kahwin lepas itu tiada masalah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, keduanya ditemui pada Sidang Media Pelantikan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin selaku duta Ekspo Perkahwinan Ijab & Qabul 2022 yang bakal berlangsung pada 23 hingga 25 September ini di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Sementara itu, Naufal, 23, berkata persediaan dari segi kewangan, mental dan fizikal sangat perlu sebelum mengambil keputusan berkahwin.



“Saya setuju saja kahwin muda tapi kena betul-betul bersedia. Bersedia dari segi kewangan, dalaman dan fizikal. Selepas itu, budi bicara dengan orang macam mana kena jaga. Saya bukan tak sedia, tapi masa itu belum tiba lagi. Saya nak utamakan keluarga dulu.

“Kawan lelaki saya yang umur 22 dan sebaya saya pun ada yang dah kahwin. Mereka okay saja,” katanya.

Dalam masa sama, Nuha berkata pemilihan mereka disebabkan fenomena lagu Casablanca yang turut menjadi pilihan pemain industri perkahwinan.

“Pemilihan kami kerana fenomena lagu Casablanca seterusnya menjadi lagu paling kerap digunakan dalam kalangan pemain industri perkahwinan pada masa ini. Ia sekali gus memberikan inspirasi untuk meraikan dan merancakkan lagi industri perkahwinan yang sudah lama sepi akibat dari pandemik Covid-19.



“Pada acara itu juga pelbagai aktiviti pentas seperti forum, persembahan band, bengkel perkahwinan, bersa,a selebriti dan influencer selain persembahan kebudayaan antara beberapa perancangan yang sudah diatur istimewa untuk memastikan kemeriahan sepanjang ekspo berlangsung,” kata Nuha. HM

Kahwin awal elak maksiat – Nuha, Naufal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker