Ramasamy jumpa Hamzah

Ramasamy jumpa Hamzah

Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang P Ramasamy menolak spekulasi mengenai masa depannya dalam politik selepas keluar daripada DAP, sebelum enam pilihan raya negeri bukan lepas.

Ketika dihubungi, Ramasamy berkata dia boleh faham mengapa orang ramai akan membuat “spekulasi liar” berdasarkan hantaran Facebook oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainuddin awal hari ini.



“Jadi dia catatkan di FB, “jumpa kawan-kawan lama dari Pulau Pinang”…okay lah. Saya boleh faham…

“Tiada rancangan untuk saya sertai apa-apa saja…

“Saya orang bebas sekarang. Biar saya berehat dan tumpu pada penulisan saya,” kata Ramasamy, bekas Adun Perai selama empat penggal itu.

Hamzah awal hari ini berkongsi gambar dia bersama Ramasamy, serta bekas ahli DAP David Marshel dan Satees Muniandy, diambil di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur.



Hantaran itu disertai petikan kata-kata “kawan-kawan lama dari Penang,” dengan emotikon cawan kopi mendorong desas-desur jika Ramasamy telah mendekati PN atau sebaliknya dalam percaturan langkah politik masa depan.

“Mana saya boleh sertai PN (tertawa).

“Bersatu, PAS, mana saya boleh masuk? No no no. Itu sudah terlalu jauh dan imaginasi yang liar.

“Tak ada apa-apa. Saya kenal dia (Hamzah), pernah bertemunya beberapa kali pada masa lalu. Jadi kami cuma minum kopi. Itu saja,” katanya.



Ramasamy, ahli parlimen Batu Kawan sepenggal dari 2008 hingga 2013, berkata dia mengenali Hamzah sejak ahli parlimen Larut itu masih di dalam Umno lagi.

“Dia kawan lama masa saya di parlimen dulu….

“Itu saja, kita hanya berbual mengenai berita lama. Tetapi kita juga bercakap tentang politik negara,” katanya.

Ramasamy juga berkata ketika di hotel yang sama, dia terserempak dengan seorang lagi bekas exco kerajaan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, yang telah dipilih sebagai Adun PN Taman Medan.



“Ia hanya kebetulan. Tidak ada apa-apa. Anda tidak boleh mentafsirkan terlalu banyak tentangnya.

“Kami tidak pernah berbincang mengenai masa depan saya atau masa depan rakan-rakan saya,” jelasnya. Mk

Ramasamy jumpa Hamzah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker