Kementerian Pendidikan bak Tikus Membaiki Labu

oleh Ab Jalil Backer

Tindakan tergesa-gesa Kementerian Pendidikan mahu merombak sistem aliran sastera dan sains pada tahun hadapan sangat tidak masuk akal.

Pada bulan lepas Menteri Pendidikan Maszlee Malik menyatakan belum pasti bila akan dilaksanakan.

Semalam Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching menyatakan pemansuhan aliran sastera dan sains akan dilaksanakan tahun hadapan mengikut keupayaan atau pertimbangan setiap sekolah.



“Kita tak cakap semua sekolah untuk hentikan dua aliran ini, tetapi menggalakkan mereka menjelaskan bahawa kita mempunyai pelbagai pakej.”

Kenyataan sebegini menunjukkan dasar pendidikan negara hari ini dilaksanakan secara semberono tanpa kajian sebenar dari sudut kemampuan pelaksanaan dan kesan dari pelaksanaan.

Tindakan tergesa-gesa merombak sistem sedia ada tanpa perancangan dan kajian keberkesanan boleh mencetuskan ketidaktentuan dan panik kalangan ibu bapa dan pelajar.

Guru pula akan berhadapan dengan tekanan pengurusan jadual dan pertanyaan dari ibu bapa.



Menteri dan Timbalan Menteri perlu merendahkan ego dan menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem pendidikan sedia ada.

Janganlah setiap kali ada idea terus umum laksanakan sedangkan di bawah belum jelas sama ada mampu laksanakan atau tidak.

Kita tidak nafikan idea pemansuhan aliran ini ada kebaikan, namun jika dilaksanakan tanpa perancangan teliti maka jadilah seperti kata pepatah melayu “bagai tikus membaiki labu”.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker