Malaysia negara dengan kadar kematian Covid-19 paling tinggi

Malaysia negara dengan kadar kematian Covid-19 paling tinggi – Najib

Malaysia adalah negara yang tergolong dalam kelompok paling tinggi kematian akibat Covid-19, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Jelasnya, semalam saja Malaysia berada di tangga ke tujuh paling tinggi jumlah kematian akibat wabak itu tanpa mengambil saiz penduduk.

“Seluruh dunia mencatat 8,022 kematian Covid-19 semalam. Malaysia sumbang 4.5 peratus (360) daripada angka itu.

“Lagi seram ialah 85 daripada 360 kematian dicatat semalam adalah Brought In Dead (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak sempat menerima rawatan.

“Tanpa mengambil kira saiz penduduk, Malaysia terletak di tangga ke-7 paling tinggi kematian Covid dalam dunia semalam,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, seramai 360 orang menjadi korban terbaru akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Jumlah itu adalah lonjakan yang ketara dari rekod sebelumnya (257) pada empat hari sebelumnya.

Sebanyak 1,723 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bulan ini setakat ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mengulas lanjut Najib berkata, berdasarkan jumlah kematian yang direkodkan sudah tiba masanya untuk kerajaan mengaku kegagalan mereka.

Tambah Najib jika mengambil kira saiz penduduk, Malaysia bukan lagi antara negara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kematian Covid-19, malah negara dengan kadar kematian Covid paling tinggi. Nombor satu.

“Ini data dan sains. Sudah tiba masa untuk kerajaan mengaku gagal. Ini kematian melibatkan nyawa rakyat Malaysia. Satu tragedi yang amat besar sekali,” katanya.

Untuk rekod, Indonesia mencatat kematian paling tinggi semalam iaitu 1,498 kematian diikuti Rusia (787), Iran (542), India (447) dan Brazil (338). Mk

Malaysia negara dengan kadar kematian Covid-19 paling tinggi

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker