Menteri langgar SOP merosakkan kredibiliti PKP – Khairy

Menteri langgar SOP merosakkan kredibiliti PKP – Khairy

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengakui menteri yang melanggar SOP merosakkan kredibiliti perintah kawalan pergerakan penuh di Malaysia.

Dalam wawancara bersama The Sydney Morning Herald dan The Age, Khairy menekankan “kepimpinan melalui teladan sangat penting”.



“Saya rasa dari sudut itu, kita telah melakukan beberapa kesilapan,” kata menteri sains, teknologi dan inovasi itu.

Walaupun tiada negara mempunyai tindak balas sempurna terhadap krisis kesihatan, katanya, kerajaan “boleh melakukan perkara tertentu dengan lebih baik”.

Katanya, semakin sukar untuk rakyat mematuhi peraturan Covid-19 akibat kelesuan pandemik.

“Saya tidak menyalahkan orang ramai. Untuk mematuhi had dan sekatan di luar kebiasaan ini ke atas tingkah laku atau pergerakan anda (adalah sukar). Akhirnya, akan ada masanya rakyat tidak berwaspada.”



Khairy berkata, Malaysia mampu meningkatkan vaksinasi selepas rundingan semula bekalan dan penghantaran vaksin yang diperolehinya, kebanyakannya vaksin pfizer.

Katanya, kerajaan memutuskan “bahaya untuk meletakkan semua telur dalam satu atau dua bakul”, serta memperluaskan portfolio vaksin daripada pelbagai sumber.

“Saya rasa kita di tahap kita benar-benar perlu keluar daripada keadaan sekarang.”

Sejumlah 434,838 dos diberikan semalam, rekod tertinggi untuk tiga hari berturut-turut.



Keseluruhannya, sebanyak 12,647,558 dos vaksin diberikan sejak PICK dilancarkan, dengan 17.1% populasi dewasa (atau 12.3% daripada keseluruhan populasi) divaksin sepenuhnya setakat ini. FMT

Menteri langgar SOP merosakkan kredibiliti PKP – Khairy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker