Durian serendah RM7 laku keras musim panas

Durian serendah RM7 laku keras musim panas

TELUK INTAN – Peniaga durian di sekitar bandar ini teruja de­ngan sambutan orang ramai apabila permintaan terhadap raja buah itu meningkat baru-baru ini walaupun ketika cuaca panas.

Seorang peniaga, Muhammad Fauzi Muhamad Fadli, 36, berkata, dia menjual kira-kira dua tan durian sehari berban­ding 500 atau 600 kilogram pada hari-hari biasa.



“Disebabkan sambutan amat menggalakkan, saya terpaksa meningkatkan pengambilan buah tersebut dari dusun di Bukit Gantang.

“Kalau hari biasa sehingga petang pun belum tentu habis dijual, namun pada musim panas ini, ada masanya belum sampai tengah hari ia sudah habis terjual,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, dia menjual buah tersebut pada harga promosi iaitu antara RM13, RM10 atau RM7 sekilogram berban­ding antara RM18 hingga RM20.

Muhammad Fauzi menjangkakan permintaan terhadap durian akan bertambah minggu depan meman­dangkan orang ramai sudah mula balik kampung kerana cuti sekolah.



Ujarnya, antara jenis durian yang dijual termasuklah D18, D24, durian kampung dan musang king.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Abdul Rahman Mohd., 45, berkata, dia juga terpaksa menambah jumlah durian di premisnya kerana orang ramai berpusu-pusu untuk membeli buah tersebut.

“Ia tidak menghairankan kerana musim durian kampung sudah hampir tiba, jadi tak mustahil orang ramai yang mula datang membeli buah ini merupakan golongan peminat (durian kampung),” tambahnya. K Online

Durian serendah RM7 laku keras musim panas



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada



Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker