Shahidan beri cadangan agar Zahid kekal jadi Presiden UMNO seumur hidup

ARAU : Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan mencadangkan beliau kekal sebagai Presiden UMNO seumur hidup.

Dalam masa sama, bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu juga mencadangkan agar kes mahkamah Ahmad Zahid ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai

“Saya mengucapkan tahniah kerana presiden sebuah parti tidak perlu dipertandingkan.



“Saya mencadangkan agar beliau (Ahmad Zahid) menjadi presiden seumur hidup dan kes mahkamah ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

“Takziah juga buat perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan tersebut. Jangan bimbang, jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.

Keputusan itu dicapai setelah majoriti perwakilan bersetuju terhadap cadangan agar Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menerusi satu usul tambahan oleh wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd. Shukri Shamsudin kelmarin.



Ini setelah undian dibuat melibatkan kira-kira 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong.

Kelmarin, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila termasuk melibatkan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker