Nenek 90 tahun diculik, samun ketika menyapu depan rumah

Nenek 90 tahun diculik, samun ketika menyapu depan rumah

Seorang wanita warga emas ‘trauma’ selepas diculik dan disamun ketika dia menyapu sampah di luar rumahnya di Bantul kelmarin.

Portal berita Kompas.com melaporkan, warga emas berusia 90 tahun itu sedang membersihkan halaman rumahnya di Piyungan apabila tiba-tiba dihampiri empat lelaki yang keluar dari sebuah kereta.



Ketua Polis Piyungan, Kompol Soegihartono berkata, seorang daripada lelaki bertindak menarik nenek tua itu dan memaksanya masuk ke dalam kenderaan mereka dan menyamunnya.

“Ketika di dalam kenderaan itu, mulut nenek berkenaan ditutup dan gelang emas seberat lebih 14 gram di tangan kirinya dirampas.

“Perompak itu juga mengambil wang 200,000 rupiah (RM61) dari poket mangsa,” jelasnya.

Selepas dirompak warga emas itu dibawa menuju ke kawasan perindustrian dan diturunkan.



Soegihartono berkata, mangsa kemudian diselamatkan oleh seorang kenalannya yang kebetulan berada di kawasan itu.

“Beruntung ada yang kenal dengan warga emas ini dan mereka terus menolong memberitahu keluarganya sebelum membawanya pulang,” katanya.

Balai Polis Piyungan menerima laporan kes berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi kelmarin dan siasatan lanjut untuk menahan kumpulan perompak tersebut masih dijalankan. Utusan

Nenek 90 tahun diculik, samun ketika menyapu depan rumah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”



Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker