Tuan rumah hidang 70 bekas kuih raya (Video)

Tuan rumah hidang 70 bekas kuih raya (Video)

Bukan tujuh tetapi 70 bekas kaca diisi pelbagai jenis kuih raya dihidangkan kepada tetamu yang datang menziarahi di rumah, sekali gus disifatkan jumlah tersebut agak banyak.

Itu keunikan ditampilkan sebuah rumah diziarahi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ijansritiram sewaktu melakukan kunjungan Aidilfitri di kediaman.



Berdasarkan video yang dipaparkan, kesemua 70 bekas kaca berisi kuih raya itu dihidangkan di atas karpet yang diletakkan lapik kain, manakala tetamu boleh duduk bersila di situ.

“Dari aku kecil sampai dah beruban, tiap kali raya tak pernah terlepas datang. Begitulah banyaknya kuih dan bekasnya,” kata lelaki tersebut.

Perkara itu juga diakui seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Princess yang meninggalkan komen pada video itu serta memberitahu, tuan rumah tersebut pernah menghidangkan 150 bekas kaca berisi kuih raya.

“Baru saja beraya dekat rumah ini semalam. Dulu-dulu sampai 150 bekas, sekarang dah tinggal 70 bekas saja sebab banyak dah sumbing. Katanya tak nak hidang pada orang,” ujarnya.



“Aku ni dahlah ‘complicated’, masuk rumah ni mahu dua jam aku pilih mana yang betul-betul berkenan di hati,” seloroh Dang Widuri Kayasmini.

“Ya Allah banyak betul kuih raya. Mesti rambang mata tak tahu mana satu nak makan,” komen Nephophilia123.

“Rumah aku kuih enam bekas pun susah nak habis. Kerepek, keropok, kudap-kudap semua laku ‘keras’,” kata Aduk@_T!r@n@25. K Online

Tuan rumah hidang 70 bekas kuih raya (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker