Rasionalisasi subsidi RON95 dijangka dilaksana pada Oktober

Rasionalisasi subsidi RON95 dijangka dilaksana pada Oktober

Kerajaan berkemungkinan melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95 pada Oktober ini, demikian pandangan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Dr Anthony Dass.

Dass berkata, kenaikan harga runcit bagi RON95 dijangka tidak terlalu mendadak seperti diesel, sebaliknya hanya membabitkan kenaikan sekitar lima hingga 15 sen seliter.



Katanya, pada pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan menyasarkan penjimatan RM11.5 bilion daripada rasionalisasi subsidi tahun ini, yang mana pelarasan subsidi elektrik membawa penjimatan RM4 bilion; ayam (RM1.1 bilion hingga RM1.2 bilion) dan diesel (RM4 bilion).

“Jadi kerajaan memerlukan lebih RM2 bilion lagi, saya fikir ia mungkin hadir daripada rasionalisasi subsidi RON95 dan penyelarasan harga RON95 tidak akan terlalu tinggi seperti mana diesel.

“Ia mungkin berlaku pada Julai, namun saya berpandangan ini terlalu awal jadi saya rasa ia lebih hampir kepada Oktober untuk memberi ruang mencukupi buat kerajaan melaksanakan analisis impak daripada penyasaran subsidi diesel.

“Peningkatan mungkin lima hingga 15 sen (seliter), kita juga perlu melihat kepada impak kutipan hasil daripada kawasan lain yang mungkin boleh menjadi penimbal (kepada sasaran penjimatan kerajaan),” katanya.



Beliau berkata demikian selepas menyampaikan pembentangan bertajuk Ekonomi Dunia: Cabaran dan Peluang pada Seminar Pelaburan Kebangsaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) – Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi MIDA, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob; dan Nasib Presiden FMM, Jacob Lee Chor Kok.

Bermula Isnin lalu, harga diesel di stesen runcit petrol Semenanjung ditetapkan pada RM3.35 seliter, iaitu harga tanpa subsidi berdasarkan purata Mei 2024 dengan menyaksikan kenaikan 56 peratus berbanding sebelumnya.

Dalam pembentangannya, Dass berkata, ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih baik tahun ini untuk mencapai pertumbuhan 4.7 peratus, sebelum mencapai pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 4.8 peratus pada 2025.



“Kami menjangkakan kadar inflasi Malaysia tahun ini kekal terkawal pada paras tiga peratus,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman berkata, persaingan untuk pelaburan global semakin sengit, justeru bagi membina momentum semasa MIDA bersedia untuk melaksanakan peranan yang lebih dinamik dan menarik.

“Tumpuan utama kami adalah pada pelaksanaan menyeluruh semua inisiatif dan mandat kerajaan untuk mencapai hasil yang diinginkan sejajar dengan agenda negara iaitu Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

“Kami berhasrat untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang teguh, mampan dan berdaya tahan yang boleh menarik dan mengekalkan pelaburan yang besar, memacu Malaysia ke arah masa depan yang makmur,” katanya.



Beliau menjelaskan, komitmen MIDA menjangkau jauh melebihi promosi pelaburan semata-mata, malah turut memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi serantau.

“MIDA juga mempromosi dan memudahkan projek di sepanjang koridor Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk memastikan pertumbuhan seimbang di seluruh Malaysia.

“Dalam usaha kami untuk menggalakkan pelaburan khususnya dalam sektor pembuatan, MIDA dengan kerjasama pihak berkepentingan utama sedang membangunkan piawaian kebangsaan untuk perindustrian, berdasarkan garis panduan daripada Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO) dan piawaian lain yang berkaitan.

“Dengan menggalakkan penggunaan teknologi canggih, kami menyasarkan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing,” katanya. BH



Rasionalisasi subsidi RON95 dijangka dilaksana pada Oktober

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker