Pasangan suami isteri, anak maut kereta dihempap pokok

Sepasang suami isteri dan anak perempuan berusia lima tahun merupakan tiga beranak yang maut selepas kereta mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, berhampiran Kem Desa Pahlawan di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 44 dan 40 tahun itu termasuk anak mereka maut di lokasi selepas tersepit dalam kereta jenis Nissan Sentra.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, awalnya kejadian itu melibatkan dua buah kereta yang telah dihempap pokok.

Menurutnya, semasa kejadian keadaan cuaca di lokasi ketika itu hujan lebat dan ribut.

“Sejurus pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba, pasukan berkenaan telah berusaha mengeluarkan semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Kesemua mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh anggota JBPM dari kereta tersebut kemudiannya telah disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rosdi memberitahu, kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

Katanya, bagaimanapun pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta yang turut dihempap pokok dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan.

“Siatan lanjut berhubung kejadian ini masih lagi diteruskan,” ujarnya.

Utusan Online melaporkan, tiga beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok semasa melalui laluan di Jalan Machang-Kota Bharu dekat Kok Lanas di malam tadi.

Kejadian berhampiran Kem Desa Pahlawan itu berlaku kira-kira pukul 8.04 malam semasa kereta jenis Nissan Sentra yang dinaiki keluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Machang ke Kota Bharu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker