Hans Isaac tak malukah – PN

Hans Isaac tak malukah – PN

Menjelang aksi perlawanan antara Malaysia dan Oman bagi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini, ahli Parlimen pembangkang mendesak Datuk Hans Isaac meletak jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Desakan itu susulan kerosakan stadium itu yang berulang kali berlaku.



Ahli Parlimen berkenaan turut mencadangkan PSM dirombak bagi membolehkan mereka yang lebih pakar dilantik memegang jawatan dalam badan itu.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pengurusan stadium memerlukan profesionalisme dan ia tidak boleh diterajui dalam kalangan lantikan politik.

“Hans Isaac gagal. Adakah beliau sesuai dengan tugas ini? Itu soalannya.

“Beliau tahu beliau lantikan politik, ada kaitan dengan PKR. Agak-agak Menteri (Belia dan Sukan, Hannah Yeoh) pun tidak suka beliau tapi sebab Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) orang PKR, jadi Hans kenalah cari tempat beliau.



“Isunya sekarang bukan sama ada menang atau kalah (pada malam ini), isunya adalah beliau tidak melakukan kerja dengan baik dan wajar untuk negara, yang membabitkan imej dan profesionalisme aset stadium kita, dan ini memberi kesan kepada pasukan kita, rakyat serta cukai negara.

“Beliau mesti meletak jawatan kali ini. Ini kali ketiga, bukan kali pertama. Cukuplah Hans Isaac. Jika beliau tahu malu, beliau letak jawatan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kualiti padang di SNBJ sekali lagi menjadi persoalan menjelang perlawanan pusingan antara Malaysia dan Oman malam ini, selepas kedua-dua pasukan tidak dapat menjalani latihan di stadium berkenaan, seperti lazimnya dilakukan sehari sebelum aksi sebenar.

Pasukan kebangsaan dilaporkan menjalani latihan di Wisma FAM, manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).



Sebelum ini, isu padang SNBJ hangat diperkatakan susulan tersebarnya video dan gambar permukaan padang yang ‘rosak’ selepas penganjuran konsert Ed Sheeran pada 24 Februari lalu.

Isu sama turut berlaku pada November tahun lalu apabila PSM membenarkan konsert Coldplay dianjurkan di atas padang SNBJ, sekali gus permukaan padang rosak sedangkan ia adalah rumput baharu jenis Zeon Zoysia yang ditaja Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Hans Isaac yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilantik menjadi Pengerusi PSM pada Jun 2023.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mahu usaha serius diambil PSM bagi memastikan insiden padang yang disifatkan memalukan itu tidak berulang.



“PSM perlu dirombak kerana kerosakan yang berulang. Lantik orang yang pakar dalam uruskan stadium dan rumput.

“Usaha menoktahkan padang rosak ini mesti menjadi keutamaan kerajaan Madani,” katanya. BH

Hans Isaac tak malukah – PN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker