Azmin mahu pemimpin langkaui perbezaan, mendakap kesatuan

Perikatan Nasional (PN) menggesa semua pihak, terutama pemimpin politik, untuk melangkaui perbezaan dan bersatu bersama rakyat bagi menangani wabak Covid-19.

Gesaan itu disuarakan Ketua Penerangan PN Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

“PN menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” kata Azmin.



PN berdepan tekanan mutakhir ini selepas Umno menimbang untuk menarik balik sokongannya serta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal mendapatkan pengisytiharan darurat.

Semalam, ahli Parlimen BN dan Majlis Tertinggi Umno masing-masing mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu. Keputusan akhirnya dicapai untuk kekal menyokong kerajaan PN, dan menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

Zahid beri jaminan Muafakat Nasional ‘Kekal’ dan ‘diperkasakan’



Azmin turut menyambut baik solidariti parti dalam PN yang menyuarakan sokongan penuh terhadap Muhyiddin dan mendukung kerajaan PN.

Malah kata Azmin, PN bertekad untuk terus bekerja kuat bersama-sama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik Covid-19.

“Pentadbiran Muhyiddin tuntas memberikan kepimpinan dan berganding bahu bersama-sama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk mencerakinkan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani wabak ini secara holistik.

Tiada jaminan Umno sokong Belanjawan 2021 jika Muhyiddin abai permintaan



“PN menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen PAS, Star dan SAPP serta ahli-Ahli Parlimen Umno, MCA, MIC, PBRS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Muhyiddin dan mendukung kerajaan PN,” katanya .

Azmin juga berkata PN turut menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengiktiraf kejayaan kerajaan Persekutuan menangani wabak Covid-19 dengan baik.

Saya juga cadang Umno terus sokong PN, tak kecoh pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker