Benjolan di hadapan baju, Riena Diana tampil menjawab
Benjolan di hadapan baju, Riena Diana tampil menjawab
“Itu bukan ‘benjolan’ pada bahagian dada, tetapi jahitan pada busana yang digayakan. Pada mulanya saya hendak diam saja, tetapi semakin ramai yang bergaduh.
Ada yang membela saya dan ada juga yang menegur kerana berpakaian tidak senonoh ketika acara anugerah secara langsung.
“Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak dipanjangkan lagi. Mungkin ada yang melihatnya sebagai tidak senonoh, tetapi sebenarnya adalah bentuk ‘dart’ busana itu,” kata Riena.
Pelakon Riena Diana tampil menjelaskan mengenai busana yang digayakan pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH34) pada Sabtu lalu yang memperlihatkan ‘benjolan’ pada bahagian dada sehingga menimbulkan pertelagahan di kalangan wargamaya.
Tegas Riena, pada mulanya dia hanya menutup sebelah mata mengenai isu berkenaan namun menjadi besar sehingga membuatkan beberapa pihak bergaduh di ruangan komen.
Pelakon yang mencipta nama menerusi watak Lailer dalam Kampung People itu menggayakan busana jenama Official Yuleza pada malam kemuncak ABPBH34 pada Sabtu malam lalu.
“Dua hari sebelum itu lagi saya ada membuat ‘fitting’ jadi mana mungkin saya memakai baju yang seksi dan tidak senonoh begitu. Saya akan mengambil langkah berhati-hati pada masa hadapan supaya tidak menimbulkan salah faham lagi.
“Saya juga berharap salah faham ini dapat ditamatkan di sini dan tidak menjadi punca perbalahan di kalangan peminat dan netizen,” katanya. Wc
Benjolan di hadapan baju, Riena Diana tampil menjawab
Baca Artikel Menarik :
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ/a>
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU
Mawar Rashid dilabel materialistik