Raih RM3,000 jual ikan darat musim bah

NIK Azhar Daud menunjukkan antara hasil tangkapan ikan darat untuk dijual kepada pelanggan ketika ditemui di Dungun semalam. – NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN: Kedatangan musim tengkujuh memberi limpahan rezeki buat penduduk Kampung Jerangau Sungai dan sekitar Hulu Dungun di sini apabila segelintirnya mampu meraih pendapatan sampingan sehingga RM3,000 sebulan hasil jualan ikan darat.

Nik Azhar Daud, 36, berkata, permintaan ikan darat tinggi sejak lebih tujuh tahun terlibat dalam kerjaya itu, malah turut menerima tempahan dari Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor.

Katanya, setiap kali memukat ikan di Sungai Dungun, dia mampu memperoleh antara 50 hingga 100 kilogram ikan darat termasuk keli, lampam, baung, ubi, sebarau dan tengas.

“Kebiasaannya saya turun ke sungai untuk memukat ikan pada waktu pagi dan petang, Alhamdulillah hasil sangat memuaskan pada musim hujan.



“Ikan yang baharu ditangkap lazimnya akan terus dijual kepada penduduk dan ada kalanya pelanggan sudah menunggu di rumah sebelum saya pulang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.

Nik Azhar berkata, ikan darat dijual dengan harga antara RM7 hingga RM25 sekilogram, bergantung kepada jenis ikan.

Katanya, selain menjual ikan segar, isterinya, Roshuhaida Mokhtar, 35, yang merupakan surirumah turut berpeluang menjana pendapatan sendiri dengan menghasilkan ikan salai.

“Ikan salai turut mendapat permintaan tinggi dan dijual pada harga RM25 untuk satu kilogram. Sebelum ini kita turut membuat penghantaran ke luar negeri kerana ramai berminat untuk menikmatinya.



Sementara itu, Roshuhaida berkata, penghasilan ikan salai memerlukan kesabaran tinggi dan kerja yang teliti kerana ia perlu direndam terlebih dahulu sebelum disalai selama lima jam. – UTUSAN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker