Hezry Yasin terkapai sendiri, Pemuda PAS Selangor mula jarakkan diri

Pemuda PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut ke atas bekas ahli jawatankuasa mereka yang terpalit dengan isu raja-raja Melayu.

Setiausaha Pemuda PAS Selangor, Aubidullah Fahim, berkata parti itu sentiasa menjunjung tinggi institusi diraja negara ini selaras dengan apa yang terkandung dalam perlembagaan.

Katanya kenyataan dibuat Hezry Yasin baru-baru ini tidak mewakili pendirian PAS malah bertentangan dengan dasar perjuangan mereka.



Justeru kata Aubidullah Pemuda PAS Selangor menyerahkan isu tersebut kepada pihak yang berkenaan, sama ada polis atau badan yang ada dalam parti terbabit.

“Pemuda PAS Selangor menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar sekiranya tindakan saudara Hezry itu melanggar displin parti.

“Bagi melunasi proses undang-undang, kami memberi sepenuh kepercayaan kepada PDRM bagi menjalankan siasatan selanjutnya,” kata Aubidullah dalam kenyataan kepada media.

Beberapa hari lalu tular hantaran seorang ahli PAS dikenali sebagai Hezry Yasin yang menceritakan bagaimana dia tidak menadah tangan untuk mengaminkan doa buat Sultan Johor yang kini berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.



Tanda sedar buat salah

Bekas Pengarah Media Baru Pemuda PAS Selangor itu bertindak demikian kononnya kerana menganggap doa hanya wajar diaminkan untuk seseorang pemimpin yang mengutamakan Islam.

Kejadian itu berlaku ketika Hezry menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid Johor pada minggu lalu.

Bagaimanapun sejurus selepas tular di media sosial, Hezry dipercayai memadamkan hantaran berkenaan sebelum memuat naik hantaran baru dengan meminta memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.



Aubidullah berkata ketika ini Hezry bukan lagi exco Pemuda PAS Selangor, justeru segala kenyataan dibuatnya tidak mewakili sayap PAS atau mana-mana entiti dalam parti berkenaan.

Sementara itu Pemuda PAS Johor turut menjauhkan diri daripada Hezry.

Dalam kenyataan berasingan Pemuda PAS Johor berkata mereka berasa terkilan dengan hantaran dibuat dan menganggap ia merupakan pendirian peribadi individu terbabit.

Ketua Pemuda PAS Johor Ahmad Nawfal Mahfodz berkata mereka bukan saja sentiasa menjunjung institusi raja berpelembagaan bahkan mempertahankannya.



“Pemuda PAS Johor menyeru agar ahli dan masyarakat sentiasa bertenang,” katanya.

Ahmad Nawfal menambah Pemuda PAS Johor juga percaya tindakan Hezry memadamkan hantaran berkenaan menunjukkan dia sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker