Alya Iman tanggal tudung

GAMBAR terbaru Alya yang tidak bertudung yang dimuat naik di Instagram.

Alya Iman tanggal tudung

Pelakon, Alya Iman mengejutkan ramai pengikutnya di platform media sosial selepas memuat naik hantaran memaparkan dia tidak lagi bertudung.

Dalam hantaran sempena Aidilfitri itu, Alya yang juga anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha kelihatan anggun dengan gaya rambut berombak di samping pakaian raya.



Dalam satu video lain pula, pelakon drama Hidayah Ustaz Viral itu kelihatan gembira dan bahagia saat dirias oleh penata rias.

Ruangan komen TikTok miliknya dipenuhi luahan kekecewaan peminat yang selama ini menjadikannya sebagai ikon wanita bertudung.

“You broke my heart. I adore you as a hijabis. (Kamu kecewakan saya. Saya memandang tinggi kamu sebagai wanita bertudung),” tulis satu komen.

“Kenapa dia tiba-tiba tanggalkan tudung?” tanya satu netizen yang lain.



Namun, ada juga yang meminta agar netizen mendoakan yang terbaik buat Alya.

“Iman manusia naik dan turun. Tak boleh hukum dia. Doa yang baik-baik saja,” tulisnya.

Di Instagram, ruangan komen dihadkan kepada rakan-rakan dan pengikutnya saja dan rata-rata, komen yang ditinggalkan adalah pujian kerana kejelitaan penampilan terbaharunya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Alya bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon. HM



Alya Iman tanggal tudung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker