Kerajaan pertimbang sama ada perlu naikkan cukai, kata Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan terpaksa membuat pertimbangan sebelum memutuskan sama ada ia perlu menaikkan cukai berikutan Malaysia terus menjadi negara yang mencatatkan kutipan cukai paling rendah di dunia berbanding saiz ekonominya.

Beliau berkata, walaupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip sebanyak RM145 bilion pada 2019, angka tertinggi dalam sejarah agensi itu, namun pemantau antarabangsa menganggap ia kecil apabila dibandingkan dengan saiz ekonomi Malaysia yang dianggarkan bernilai RM1.35 trilion tahun lepas.

Dalam ucapan pada satu acara LHDN, Lim berkata, berdasarkan data Bank Dunia 2017, kutipan cukai Malaysia ialah 13% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih rendah daripada Vietnam (19%), Chile (17.4%), Poland (16.8%) dan Korea (15.4%).

sumber FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker