GV10: Siti Nordiana minta maaf

GV10: Siti Nordiana minta maaf

BINTANG All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Siti Nordiana memohon maaf sekiranya persembahannya di minggu keempat kurang memuaskan hati peminat.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana membuat permohonan maaf itu secara terbuka menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.



“Nana minta maaf. Insya-Allah will come back stronger. Terima kasih @amir.masdi sudi jadi partner duet kak Nana,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan memujuk Nana supaya kuat semangat serta jangan putus asa.

“Tak mengapa, seorang penghibur diminati kerana genre yang selesa dengan seseorang artis tu.

“Nama pun pertandingan. Adat bertanding, kejap atas kejap bawah ikut rezeki. Yang penting usaha.



“Persembahan Nana sentiasa ditunggu, itu pun rezeki tau,” tulis @awinseindahwajah

“Kakak sayang please come back. Saya sentiasa bangga dengan kak Nana, love you always.

“Janganlah cakap sorry, kak Nana kena bangkit buat yang the best minggu depan,” tulis @syusyu_snd

“Nothing to sorry dear. Keep fighting. Terus ke depan. Jangan patah semangat okey. You did good job last night.



“Cuma rezeki tidak memihak untuk malam tadi. Fight for better performance next week! Fighting Nana!” @nurfari_rashid

Terdahulu, dua juri tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang menyatakan rasa kurang berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh Nana.

Nana melakukan tugasan duet bersama penyanyi, Amir Masdi dan mendendangkan lagu hit popular dari Indonesia iaitu Ada Apa Dengan Cinta?
Bagaimanapun, Ramli menyifatkan persembahan duet tersebut sebagai berat sebelah.

Minggu keempat GV10 menyaksikan Aishah yang menyampaikan lagu Terlanjur Cinta duet bersama Vince menjadi bintang ketiga yang tersingkir.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.



Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Gempak

GV10: Siti Nordiana minta maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker