Jijoe dedah cerita hampir ‘ditendang’ keluar, dibatalkan penyertaan kerana sokong Palestin

Jijoe dedah cerita hampir ‘ditendang’ keluar, dibatalkan penyertaan kerana sokong Palestin

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan dirinya hampir ditendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaannya dalam satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan gara-gara memaparkan mesej Save Gaza pada glove yang dipakainya pada Julai 2014.

Pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu, berkata ketika itu dia berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan berkenaan, dia mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.



“Ketika sepanjang kejohanan itu, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi. Memburukkan lagi keadaan ketika itu adalah di bulan Ramadan. Bulan suci umat Islam.

“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.

“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula.

“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara berkenaan secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support,” kata Azizulhasni menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.



Dalam pada itu, Azizulhasni atau mesra disapa Jijoe menyeru kepada semua untuk terus memberi sokongan kepada saudara-saudara di Palestin.

“Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka di sana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.

“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” tambahnya. BH

Jijoe dedah cerita hampir ‘ditendang’ keluar, dibatalkan penyertaan kerana sokong Palestin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker