Pembebasan Zahid, Inilah yang ‘orang Cina’ mahu – Dr Afif Bahardin

Pada 2013, selepas Anwar Ibrahim mengetuai pakatan PKR, DAP dan PAS dalam kempen pilihan raya umum yang merampas undi popular BN, laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia memaparkan judul: “Apa lagi Cina mahu?”

Kini sepuluh tahun kemudian dan dengan kedudukan Anwar sebagai perdana menteri, soalan yang sama telah timbul selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan rasuah.

Pemimpin PN Dr Afif Bahardin di pentas ceramah di Kempas menyoal apa lagi yang diharapkan oleh orang Cina daripada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



“Nak beritahu orang bukan Melayu, orang Melayu sudah tolak perasuah.

“Orang bukan Melayu adakah kamu sanggup biarkan negara diperintah oleh rejim yang korup?

“Sanggupkah kamu mempertaruhkan masa depan anak-anak kita,” kata Afif ketika berkempen untuk calon PN di Pulai Zulkifli Jaafar.

“Inikah kerajaan yang rakyat Cina mahukan?



“Malu kalau orang Cina mau kerajaan seperti ini. Saya nak sebut ini, saya tak mahu berselindung lagi,” kata Afif.

Afif juga menyoal pemimpin DAP yang membisu berhubung keputusan kes Zahid ini.

Namun, dia memuji wakil rakyat PKR, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang menyoal bagaimana keputusan Zahid dilepas daripada pertuduhan kesnya akan memberi kesan kepada kepercayaan rakyat.

Berikutan keputusan PRU13 pada 2013, kerajaan pimpinan BN ketika itu di bawah bekas perdana menteri Najib Razak juga telah melabelkan gelombang propembangkang sebagai “tsunami Cina”.



‘Reformasi sudah mati’

Sementara itu, Afif, bekas Adun PKR Seberang Jaya, mengimbas kembali bagaimana dia dilabel sebagai “pengkhianat” kerana didakwa mensabotaj parti itu dan akhirnya menyertai Bersatu tiga tahun lalu.

Tegasnya, keputusan kes Zahid ini menjadi bukti bagaimana seruan ‘reformasi’ untuk perubahan yang mengasaskan penubuhan PKR kini sudah “terkubur.”

“Reformasi sudah mati. Mati bersama dengan Pakatan Harapan dan Umno.



“Lebih tepat, mati bersama Anwar dan Zahid. Tak ada lagi moral standing untuk mereka bercakap tentang perubahan,” kata Afif lagi.

Pagi ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan melepas tanpa membebaskan (0 bagi kesemua 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi susulan permohonan timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Peguam Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, bagaimanapun memohon pembebasan penuh.

DNAA membuka kemungkinan Zahid didakwa semula pada masa hadapan jika pendakwa ingin menyemak semula perkara itu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)



Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker