Inspektor ditahan kerja kerana lakukan amang seksual pada gadis 16 tahun

Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata tempoh tahan reman pegawai lelaki berusia 29 tahun itu tamat hari ini dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek dalam proses tindakan tahan kerja dan surat tahan kerja akan diedar selepas mendapat arahan dari Bukit Aman.



“Tindakan tahan kerja akan dikenakan sehingga keputusan kes di mahkamah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Kumar sebelum ini dilapor berkata pegawai polis itu ditahan di sekitar Seri Alam pada 22 April, selepas laporan polis dibuat mangsa pada hari sama kejadian dipercayai berlaku di kawasan Taman Johor Jaya, di sini.

Beliau berkata lelaki yang terbabit bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di reman bermula 23 April sehingga hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



Sementara itu, dalam kes berasingan, Kumar memaklumkan dua anggota polis yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini yang terlibat dengan dua kes pemerasan wang, telah ditahan kerja.

“Kedua-dua anggota yang terlibat kes pemerasan itu telah dikenakan tindakan tahan kerja setelah permohonan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Johor dibenarkan Bukit Aman,” katanya.

Pada 5 April lalu, dua anggota polis yang bertugas di BSI ditahan kerana dikatakan melakukan pemerasan dengan meminta RM2,000 daripada orang awam yang tidak mahu dikenakan tindakan kerana mempunyai rekod kesalahan lampau.

Kedua-dua anggota tersebut turut ditahan pada 19 April lalu atas perbuatan sama terhadap mangsa berusia 50 tahun.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker