Pemancing hilang di laut ditemukan lemas
Pemancing hilang di laut ditemukan lemas

KUCHING: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing bersama dua rakannya di perairan Pulau Lakei, di sini semalam, ditemukan lemas hari ini.
Mayat mangsa, Mohd Raduan Jemat, 55, ditemui anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berdekatan Batu Susur, Pulau Lakei pada jam 12.20 tengah hari tadi.
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd KhairiAbd Aziz berkata, Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kuching menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada jam 10.45 pagi tadi.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan sejurus menerima laporan itu.
“Maritim Malaysia mengatur gerak bot Pengawal 42 ke lokasi dan mayat mangsa berjaya ditemukan pada jam 12.20 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Berdasarkan maklumat saksi, mangsa bersama dua rakannya ke laut berdekatan Pulau Lakei dengan menaiki sebuah bot pada jam 4 petang, Jumaat lalu.
Mereka dikatakan tidur di dalam bot berkenaan semalam, namun kira-kira jam 3.40 pagi hari ini, rakannya yang terjaga dari tidur menyedari mangsa tiada di dalam bot.
Dua rakannya kemudian berusaha mencari mangsa dpemancingi sekitar perairan itu namun gagal mengesannya.
Mereka kemudiannya membuat laporan polis selepas mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam laut.
Mohd Khairi turut mengingatkan komuniti maritim sentiasa mengutamakan keselamatan semasa berada di laut, termasuk memastikan pemakaian jaket keselamatan setiap masa.
“Sebarang insiden kecemasan atau jenayah di laut harus dilaporkan segera kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432006 atau terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya.
Pemancing hilang di laut ditemukan lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.