Penduduk panik singa terlepas dari sarkas

Seekor singa mencetuskan panik apabila ia ditemui berkeliaran di beberapa jalan bandar berhampiran Rom selepas melarikan diri dari sarkas, lapor laman berita Daily Star semalam.

Agensi berita AFP melaporkan, haiwan itu kemudian telah ditangkap selepas diberikan ubat pelali.

Datuk Bandar Ladispoli, Alessandro Grando sebelum itu mengesahkan haiwan tersebut melarikan diri dan memberi amaran kepada penduduk agar berwaspada ketika pihak berkuasa mencarinya.



Polis dilihat bergegas melalui jalan-jalan untuk mencari singa itu sebelum ia kemudian ditemui berhampiran saluran air di sebelah tapak sarkas tersebut.

Rakaman video di media sosial menunjukkan singa dikenali sebagai Kimba itu berkeliaran di jalan yang sibuk ketika pemandu kenderaan berasa tidak percaya melihat haiwan tersebut. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker