Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang

AJK Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang Anas Soffy Abd Wahid mendakwa Gerakan telah berjanji tidak bertanding kerusi majoriti Melayu.

Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang

Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang membidas Presiden Gerakan Dominic Lau kerana didakwa memungkiri janjinya apabila bertanding di kerusi DUN Bayan Lepas, kerusi majoriti Melayu yang pada awalnya tidak dimahukan parti itu.

Ahli jawatankuasa Jabatan Pilihan Rayanya Anas Soffy Abd Wahid juga mendakwa pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang itu berbohong dengan pucuk pimpinan komponen itu dalam pembahagian kerusi .

Beliau berkata Lau pada perbincangan awal meminta PAS dan Bersatu memberi laluan di enam kerusi campuran iaitu Machang Bubuk, Bukit Tengah, Datok Keramat, Sungai Pinang, Batu Uban dan Pantai Jerejak, serta berjanji tidak akan bertanding di 15 DUN majoriti Melayu.

Susulan itu, Bersatu dan PAS tidak menghantar nama untuk enam kerusi terbabit, namun Lau telah memungkiri janji dengan mencadangkan namanya di Teluk Ayer Tawar dan beberapa hari lalu menukarnya kepada Bayan Lepas.

“Beliau takut mengumumkan bertanding di Bayan Lepas ketika pengumuman calon PN di Pongsu Seribu (Rabu lalu) kerana terang-terang telah memungkiri janji dengan pimpinan PN Pulau Pinang.

“Beliau mahu bertanding di DUN majoriti melayu kerana takut berhadapan DAP,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mengumumkan Lau akan bertanding di Bayan Lepas selepas tertinggal dalam senarai calon PRN PN Pulau Pinang diumumkan sehari sebelum itu.

Hanya 39 daripada 40 calon diumumkan dengan calon bagi kerusi Bayan Lepas tidak didedahkan dan nama Lau juga tiada dalam senarai berkenaan.

Susulan bantahan daripada ahli PAS Bayan Lepas menjelang pengumuman calon Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahlinya menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kemenangan calon PN. FMT

Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker