Berapa lama ambil masa edit transkrip?

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong secara sinis mempersoalkan tempoh yang diambil Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya untuk mengedit transkrip yang didakwa diterima dari Cambridge International University.

Jelas Ka Siong, ini kerana transkrip universiti yang dihantar Marzuki sebagai bukti kelayakannya dari pusat pengajian Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai persamaan dengan transkrip contoh yang dipaparkan dalam laman web universiti tersebut.

“Gred bagi kesemua sembilan mata pelajaran serta purata nilai gred (GPA) yang 100 peratus sama dengan transkrip contoh (template) yang dipaparkan di laman web universiti.

“Terdapat tiga kemungkinan bagaimana ini boleh berlaku,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya malam tadi.



Tambahnya, kemungkinan pertama adalah kerana kebetulan yang amat luar biasa.

“Lebih susah untuk ditemui berbanding dengan kita kena hadiah pertama Sports Toto.

“Kemungkinan kedua, universiti yang sudah lama diragui ramai menghantar keputusan yang serupa kepada semua ‘graduan’ yang membayar yuran.

“Kemungkinan ketiga, ‘bro’ berapa lama dipakai untuk copy, paste, edit?,” soalnya lagi.



Isu timbul apabila Marzuki pada awalnya dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University of Cambridge, England dan kemudiannya menjelaskan ijazah beliau adalah dari Cambridge International University yang berpusat di AS. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker