Tom hilang berhari-hari disorok bunian

Tom hilang berhari-hari disorok bunian

Penyanyi Tom mendedahkan pernah melalui pengalaman menyeramkan apabila pernah hilang berhari-hari dipercayai disorok ‘bunian’.

Berkongsi kisah misteri itu menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, memberitahu ketika kejadian, dia masih kecil dan ia berlaku di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.



“Masa berumur tiga tahun, Tom pernah hilang beberapa hari di kampung di Kuala Kangsar. Keluarga cakap Tom kena sorok dengan bunian. Tak tahulah sama kisah ini betul atau tidak.

“Tapi apa yang Tom ingat, masa tu Tom berada di sebuah perkampungan, pasirnya berwarna putih bersih, rumahnya dekat-dekat antara satu sama lain dan bumbungnya bentuk segi tiga.

“Rumahnya kecil sahaja dan pintunya ditolak dari bawah ke atas dan diperbuat daripada daun. Penghuninya semua perempuan dan mereka sambut dan pujuk Tom yang sedang menangis ketakutan ketika itu.

“Mereka semua pujuk dan dukung Tom sambil ajak menyanyi dengan mereka. Selepas itu, Tom sudah tak ingat apa-apa,” tulis juara program realiti, My Starz LG musim ketiga ini.



Tambah penyanyi lagu Redha ini, dia hanya mengetahui insiden yang berlaku selepas ahli keluarganya kecoh dengan kehilangannya.

“Tom hanya sedar bila nenek menangis melihat orang kampung hantar Tom balik depan rumah. Cuma, yang hantar bukanlah perempuan tadi, tapi makcik dan pakcik tua di kampung.

“Mereka nampak Tom sedang tidur dalam semak. Sampai sekarang Tom dan keluarga tak boleh lupa kejadian itu.

“Benar atau tidak Tom kena sorok dengan bunian, wallahualam. Emak Tom ada juga cerita kejadian ini pada suami, Fuad Rahman,” coretnya lagi.



Menerusi perkongsian itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-9 ini turut memuat naik gambar seolah memberi gambaran perkampungan bunian yang diceritakannya itu. HM

Tom hilang berhari-hari disorok bunian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker