Sophia disayangi ramai, tak pernah jadi ‘kera sumbang’

Pelakon Siti Khadijah menyifatkan dakwaan sesetengah pihak aktres kontroversi, Sophia Albarakbah menjadi ‘kera sumbang’ dan disisihkan di lokasi penggambaran sebagai fitnah.

Tampil mempertahankan Sophia yang pernah bergandingan dengannya menerusi drama From Saga With Love, Siti Khadijah berkata, Sophia cukup disenangi, selain ramai menyayanginya.

“Tidak pernah dipulaukan. Dia ibarat permata di lokasi penggambaran.



“Kami sering bersama, malah Sophia banyak menemani saya.

“Saya berkawan dengan Sophia dan gembira drama From Saga With Love menemukan kami.

“Saya faham perasaan Sophia dan bersyukur dapat berkawan dengannya.

“Sebagai kawan, Sophia sangat baik, tidak langsung dipulaukan. Kami sentiasa bersama di mana sahaja,” katanya kepada BH Online.



Siti Khadijah berkongsi, Sophia banyak bantu dan mengajarnya ke arah lebih positif. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Siti Khadijah berkongsi, Sophia banyak bantu dan mengajarnya ke arah lebih positif. – NSTP/Eizairi Shamsudin

Mengenai sisi pelakon yang namanya mula dikenali menerusi filem Miimaland ini, Siti Khadijah berkata, Sophia banyak membantu dan mengajarnya ke arah lebih positif.

“Bukan hak saya bercakap mengenai perkara ini sebab takut salah cakap. Lagipun, kita tak tahu pada masa akan datang.

“Cuma sebagai kawan, Sophia banyak mengajar saya buat perkara baik. Contohnya, mengajar saya untuk menjadi sopan dan lebih kewanitaan.

“Selepas kerap keluar dengannya, secara automatik perwatakan saya menjadi lebih lembut.



“Sophia beri saya inspirasi menjadi lebih kewanitaan,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk Tatagaltier di sebuah premis acara, semalam.

Sementara itu, Siti Khadijah mengakui, pengalaman pernah dipulaukan juga membuatkannya tidak akan melakukan perkara sama kepada orang lain.

“Setiap pelakon baharu akan melalui pengalaman ini. Tak kisahlah sama ada peramah atau pendiam.

“Mungkin saya pernah lakukan pada orang lain tanpa sedar, jadi ini adalah kitaran hidup.



“Ada orang suka menyendiri sebab tak nak berdrama. Kalau terlebih ramah, tetap ada orang tak suka.

“Saya tak boleh nak kawal pandangan orang lain terhadap saya. Jadi, saya ‘go with the flow’ sahaja.

“Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah okay,” ungkapnya.

Terdahulu, timbul spekulasi pemenang trofi Aktres Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu dipulaukan berikutan kontroversi ‘penyondol’ yang pernah menghimpitnya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker