Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkefli Di Tegur Netizen [VIDEO]

Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkifli Di Tegur Netizen [VIDEO]

Seorang ibu hamil berusia 19 tahun yang tular baru-baru ini kerana mengidam memiliki akan sebuah kereta mewah Lamborghini kini gembira apabila akhirnya telah mendapatkannya.

Wanita yang dikenali sebagai Ayunie itu dikejutkan oleh suaminya selepas Lamborghini berwarna kuning bernilai RM3 juta yang diidamkan itu selamat sampai dirumahnya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik ke akaun TikTok tersebut, isterinya yang melihat kewujudan kereta tersebut terus meloncat keriangan dan terus memeluk suaminya.



VIDEO DIBAWAH:-

 

Dalam video tersebut suaminya memberitahu kereta tersebut sudah lama dibelinya namun perlu menunggu masa yang lama untuk kereta tersebut sampai.

Dilihat juga Ayunie yang teruja menuju ke kereta itu dan sempat bergurau dengan menyatakan bahawa akhirnya bayi dalam kandungannya sudah dapat apa yang dia mahukan.

“Marketing je tu” – Netizen

Namun, terdapat juga netizen yang menganggap video tersebut hanyalah content marketing mereka semata-mata serta mendakwa kereta tersebut hanya disewa oleh lelaki tersebut.



“Wah lakonan mantap, buat-buat tak tahu demi content,” kata salah seorang netizen.
Dalam pada itu, Ayunie yang merupakan adik kandung Iqbal Zulkefli iaitu yang sedang hangat dikaitkan dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida itu akui turut menerima kecaman lain.

BAIK PERGI MEKAH DARI BELI LAMBORGHINI

Dalam Insta Story miliknya, Ayunie memberitahu dia menerima komen mengenai netizen yang mempersoalkannya lebih baik menunaikan ibadah di Mekah daripada membeli kereta mewah itu.

“Dari beli kereta baik pergi Mekah,” antara komen yang dikongsikan.



Pun begitu, Ayunie yang merupakan pengasas produk kecantikan itu mempunyai jawapannya tersendiri.

“Dari hari itu saya teringin sangat nak bawa satu keluarga besar ke Mekah. Itu impian saya pada keluarga.

“Dari segi kewangan memang saya dah simpan khas, tapi keadaan sekarang yang tak mengizinkan.

“Kalau beli kereta tak boleh pergi Mekah ke? Saya harap sebelum komen fikir dulu orang tu siapa sebelum kita judge..kita takt ahu impian orang lain kan,” jelasnya.



Sebelum ini tular video Ayunie membawa suaminya ke galeri kereta untuk menunjukkan Lamboghini yang diidamkan.

Ayunie ketika itu memberi alasan anak dalam kandungannya yang mahu dan dia mengidam untuk memiliki kereta mewah tersebut.

Namun, menurut suaminya, pembelian kereta tersebut dilihat membazir dan hanya akan membuat pembelian jika video tersebut mendapatkan 100,000 tanda suka.



Sumber : GEMPAK

Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkifli Di Tegur Netizen [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil

Namron buka baju demi sejuta pengikut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker