PKR parti dah kematian moral – Surendran

PKR parti dah kematian moral – Surendran

Bekas naib presiden PKR N Surendran tidak berlapik atau berbasa-basi semasa meluahkan perasaannya melihat parti itu menganjurkan sambutan khas sempena 25 tahun penubuhannya semalam.

Tidak menunjukkan sebarang rasa kagum atau gembira melihat kovensyen tersebut, Surendran menganggap PKR pimpinan Anwar Ibrahim itu sebagai sebagai sebuah parti yang “mati moral”.



Kata Surendran sepanjang tempoh lebih dua dekad PKR bercakap mengenai pembaharuan namun keadaan berubah selepas mereka berkuasa sebagai kerajaan.

“Apa yang nak diraikan?” katanya di platform media sosial X, “Selama 25 tahun mereka menjanjikan pembaharuan. Apabila berkuasa – tak ada pembaharuan, cuma alasan.”

Dia yang juga seorang peguam menambah sepanjang tempoh perjalanan PKR ada ramai watak yang berjuang demi apa yang diyakini mereka dan berdepan dengan risiko dipenjara.

Semuanya itu, kata Surendran, dibuat untuk membolehkan PKR berkuasa.



Namun, katanya, ketika ini semua itu dianggap sia-sia.

Surendran – yang pernah menjadi ahli parlimen Padang Serai selama sepenggal – merupakan salah seorang pemimpin PKR yang paling lantang.

Surendran keluar dari PKR pada Feb lalu selepas menyatakan kekecewaan dengan sikap “berdiam diri yang memalukan” PH kepada siasatan ke atas bekas ahli parlimen DAP Tony Pua.

Pua disiasat mengikut Akta Hasutan kerana kenyataannya mengenai peringanan hukuman penjara Najib Razak.



Selepas mengumumkan peletakan jawatannya di X selepas berbalas hujah dengan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, yang sebelum itu mengingatkannya agar mematuhi disiplin parti semasa memberikan pandangan.

“Fahmi, tak kisahlah disiplin parti. Saya sudah lama tidak menjadi ahli aktif parti.

“Saya bertanya tentang pembaharuan yang pernah dijanjikan PKR. Tiada jawapan yang layak untuk itu.

“Tak ada gunanya menjadi ahli kepada parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya,” kata Surendran. Mk



PKR parti dah kematian moral – Surendran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah



Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker