Momentum pengundi muda makin melonjak

Oleh Kamarulzaman Bin Pid

Masjid Tanah: Berbaki beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke 19 ( PRU-19) pada 19 November ini, calon Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid semakin giat berkempen terutamanya dalam kalangan pengundi muda.

Dalam kempen menemui pengundi di parlimen itu, beliau menyedari mengenai isu keprihatinan pengundi muda dan yang baru pertama kali mengundi pada kali ini.



“Ini adalah masanya untuk mereka menggunakan peluang mengundi dengan sebaik mungkin dan memilih parti yang menang sudah terbukti membawa kestabilan serta kemakmuran

“Ambil masa dan pulang ke tempat mengundi kerana satu undi yang kita sumbangkan kepada kami amat tinggi nilainya,” katanya.

Abdul Hakim berkata, semua pihak mempunyai peluang untuk memenangi kerusi parlimen itu dan beliau mahu persaingan sihat berjalan hingga ke garisan penamat.

“Saya juga sudah berkempen di seluruh Parlimen Masjid Tanah dan berjumpa dengan semua pihak seperti penjaja kecil, pasar malam, remaja dan warga lebih berusia.



“Alhamdulillah, mereka lebih cenderung kepada kita dan insha-Allah kita akan mempergiatkan lagi usaha menarik hati pengundi di kawasan ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker