Kartel menekan rakyat, kerajaan perlu agresif kuat kuasa Akta Persaingan 2010

 

SAUDARA PENGARANG,

ISU kartel kembali menjadi fokus setelah muka depan Utusan Malaysia pada 18 Oktober lalu menyiarkan berita kartel ayam dan telur kembali sibuk mencatu bekalan kedua-dua bahan keperluan itu sehingga menyukarkan orang ramai dan peniaga.



Masalah kekurangan bekalan makanan asas itu sama ada ayam segar atau telur berlaku di seluruh negara dan situasi semakin meruncing apabila banyak kedai mamak tidak lagi menjual roti canai telur kerana terputus bekalan.

Kekurangan bekalan kedua-dua bahan makanan ini yang berlaku di hampir semua negeri didakwa berpunca daripada monopoli syarikat gergasi mencari peluang untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda pada musim perayaan dan ketika negara dalam proses memilih kerajaan baharu sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada pendapat saya, banyak lagi kartel seperti kartel ayam dan telur beroperasi di Malaysia. Mereka dikatakan menggunakan kedudukan mendominasikan pasaran untuk memaksimumkan keuntungan peribadi dengan mengawal penawaran dan harga barangan tersebut.

Amalan-amalan ini membebankan pengguna berpendapatan rendah (B40). Perlu diingat, komitmen menghapus atau menentang institusi kartel seperti ini tidak sama dengan komitmen menghapuskan institusi orang tengah.



Dalam sistem pasaran, institusi orang tengah memainkan peranan yang positif dalam menghubungkan pengeluar dengan pengguna. Yang membezakan kedua-dua institusi ini ialah orang tengah tidak menyalahgunakan kedudukan mereka.

Banyak agensi dan institusi kerajaan ditubuhkan untuk memainkan peranan atau fungsi institusi orang tengah dan bukan melawan kartel.

Stabil

Contohnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Fungsi-fungsi asas FAMA menambah nilai pasaran. Mereka berusaha mencapai skala ekonomi besar dengan menyusun dan mengumpul keluaran daripada petani-petani atau pengeluar-pengeluar kecil bagi menjaga kestabilan harga dan pendapatan petani-petani yang rendah.



FAMA juga bertindak memberi keadilan dalam bentuk harga yang adil dan sesuai kepada pengguna. Walaupun tindakan FAMA dalam mengawal penawaran berkesan, mereka tidak mempunyai objektif memaksimumkan harga dan keuntungan peribadi.

Tindakan kartel ayam dan telur ini adalah di luar norma amalan-amalan perniagaan biasa. Mereka mencari jalan mengambil kesempatan daripada kelebihan yang ada bagi mengawal penawaran dan harga untuk memaksimumkan keuntungan peribadi.

Teknik pengawalan penawaran dan harga secara formal bukan sahaja diamalkan oleh kartel. Ada teknik tidak formal mengawal penawaran dan harga dibuat seperti yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan perdagangan.

Tindakan mereka menyelaras pengeluaran dan mengawal penawaran serta harga untuk kepentingan ahli-ahli mereka bersifat tidak formal tetapi tetap berkesan.



Oleh itu, komitmen menentang atau menghapuskan orang tengah mestilah merangkumi amalan-amalan tidak rasmi pertubuhan-pertubuhan perdagangan ini.

Kerajaan meluluskan Akta Persaingan pada 2010 yang bertujuan mencegah penubuhan institusi kartel dan amalan perdagangan tidak sihat serta menggalakkan persaingan bebas seperti di Amerika Syarikat.

Persaingan yang sihat memberi manfaat kepada ekonomi. Pelaksanaan Akta Persaingan ini boleh mewujudkan suasana positif dalam dunia perniagaan di negara ini. – UTUSAN

NASARUDDIN ARSHAD, Bekas pensyarah ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker