Yayasan Bank Rakyat salur bantuan khas persekolahan

Yayasan Bank Rakyat memperuntukkan RM50,000 khas kepada 500 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Rantau Panjang, Kelantan bagi menerima bantuan persekolahan.

Program Kembali ke Sekolah Yayasan Bank Rakyat (YBR) itu bertujuan membantu murid dan pelajar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ketua Bahagian Operasi YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, pemberian bantuan itu dilakukan bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan membuat persiapan anak kembali ke sekolah.

Beliau berkata, bantuan persekolahan berupa wang tunai bernilai RM100 itu disumbangkan kepada setiap pelajar dalam kalangan keluarga B40 yang sudah dikenal pasti.

“Bantuan ini diinspirasikan melalui penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“Diharapkan ia dapat mengurangkan beban keluarga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak bagi sesi baru selepas Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) 2.0 sehingga 18 Februari ini.

“Semoga ia dapat membantu ibu bapa mengharungi saat-saat sukar ditambah pula dengan situasi gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang dihadapi negara kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

YBR memperuntukkan RM50,000 khas kepada sekolah rendah dan menengah di sekitar Rantau Panjang. FOTO Ihsan YBR
YBR memperuntukkan RM50,000 khas kepada sekolah rendah dan menengah di sekitar Rantau Panjang. FOTO Ihsan YBR

 

Sehingga tahun lalu, seramai 33,721 murid menerima manfaat melalui bantuan ini dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM3.87 juta.

Menurut Syaiful Rizal, pemberian bantuan ini sebahagian daripada keprihatinan badan bukan berkeuntungan itu dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya.

Katanya, ia diadakan bagi memastikan semua lapisan masyarakat di negara ini dapat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara dan menerima pembelajaran sama seperti rakan mereka yang lain.

Program bantuan persekolahan anjuran YBR ini akan diagihkan ke 141 lokasi lain yang sudah dikenal pasti bagi membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara supaya selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia.-HM

Isu dana yayasan: saya sedia beri kerjasama penuh – Ahmad Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker