Pasangan ditangkap khalwat beri alasan main permainan video

Pasangan ditangkap khalwat beri alasan main permainan video

BESUT – Bermain permainan video menjadi alasan dua wanita untuk melepaskan diri ketika ditahan bersama tiga lelaki dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah bilik hotel di Pulau Perhentian di sini hari ini.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu ditahan dalam operasi membanteras maksiat di pulau pelancongan terkenal tersebut yang turut disertai 40 anggota penguat kuasa JHEAT pada pukul 1.50 pagi.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md. Adnan Abdullah berkata, ketiga-tiga wanita terbabit mendakwa mereka menyewa di bilik berlainan di hotel sama.

“Mereka mendakwa hanya datang sekejap ke bilik hotel yang didiami tiga lelaki terbabit untuk bermain permainan video.

“Walaupun mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi kita tetap menahan untuk melakukan siasatan lanjut kerana perbuatan itu mencurigakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Md. Adnan memberitahu, dua wanita dan tiga lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan khalwat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya turut mengesan lima individu Islam lain dipercayai mabuk di pulau pelancongan tersebut.

“Jangan beranggapan selamat untuk melakukan maksiat apabila berada di pulau pelancongan kerana lokasi itu tidak terlepas daripada penguatkuasaan syariah,” katanya. K Online

Pasangan ditangkap khalwat beri alasan main permainan video


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker