Adibah enggan merumitkan kes hadanah bersama Rosland

Adibah enggan merumitkan kes hadanah bersama Rosland

Bekas madu pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib enggan merumitkan kes tuntutan hadanah bersama bekas suaminya, Rosland Othman demi kebaikan anak-anak mereka.

Adibah, 50, berkata, dia memang bersedia dengan keputusan anak-anak untuk tinggal dengannya atau Rosland selepas ini.



“Mereka berhak untuk memilih sama ada hendak tinggal dengan ibu atau bapa. Tinggal dengan siapa pun, tetap ibu bapa mereka.

“Bila jadi depan mata, anak-anak mungkin menyedari dan terimbas kenangan manis dulu-dulu. Agak sedihlah bila mereka terpaksa berpisah. Memanglah nak anak-anak pilih saya tapi emosi mereka kena ambil kira juga.

“Anak-anak stabil kat rumah. Tapi sebab mungkin bila depan hakim, tersentak dengan realitilah. Kami sentiasa tenangkan mereka, apa pun jadi, kami masih lagi satu keluarga,” katanya ditemui selepas perbincangan dibuat secara tertutup di Mahkamah Tingga Syariah, di sini, hari ini.

Perbincangan itu dibuat di hadapan Hakim Syariah, Tuan Shamsuddin Hussain bersama tiga anak mereka iaitu Nur Liyana, 18; Nur Anisa, 12; dan Nurin Tasnim, 11.



Peguam mewakili Adibah, Junid Ramali ketika ditemui berkata, untuk hadanah kekal masih di peringkat meletakkan dokumentasi di mana keputusan akan ditetapkan pada Oktober depan.

“Untuk interim, sudah temubual anak-anak. Jadi, adalah direkod pilihan anak-anak. Keputusan akan dibuat berdasarkan pilihan itu. Hakim akan maklumkan kepada kami pada 2 Oktober depan.

“Maknanya kalau kami tak setuju dengan hadanah kekal, hakim akan bagi keputusan untuk interim itu. Rosland menuntut dua, tapi hakim nak dengar juga anak yang sulung itu.

“Pihak saya dan anak guam Adibah, sejak awal lagi kami tak rasa nak monopoli anak-anak itu, dia nak jaga seorang. Memang dia sudah bagi anak-anak tinggal dengan bapanya. Jadi, apa juga keputusan, dia sedia terima pilihan anak sebab mereka pun sudah besar,” katanya.



Pada perbincangan itu, Rosland hadir ditemani anak keempat, Nur Anisa dan ibu Miera, Aisah Abdullah. Adibah pula ditemani adik-beradiknya dan dua lagi anaknya.

Terdahulu, Rosland memfailkan memfailkan hadanah terhadap dua anaknya yang berusia 12 dan 11 tahun itu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995. Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. HM

Adibah enggan merumitkan kes hadanah bersama Rosland



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)



Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu



‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker