‘Mengarut’… Jangan Masak Pelitup Muka-Pakar komen dakwaan cacing halus pada pelitup muka

KISAH tular terdapat cacing halus pada pelitup muka sehingga menyebabkan seorang pemilik Facebook mengambil tindakan memasak sebelum menggunakan pelitup muka itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Doktor Perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman yang tampil memberikan pandangan menerusi Facebooknya.

Dr Arisman menegaskan, jangan sesekali basuh atau masak (rebus) pelitup muka jenis tiga lapisan itu.



“Apabila pelitup muka itu sudah basah, ia akan mengganggu penapisan kuman atau zarah di lapisannya sehingga menyebabkan kesukaran bernafas apabila seseorang memakainya.

“Pada masa sama, ada kajian menunjukkan kecekapan penapisan atau filtration efficiency menjadi rendah iaitu di bawah 95 peratus,” beritahu Dr Arisman.

Memperincikan lebih lanjut, beliau berkata, pelitup muka yang dibeli itu hanyalah untuk sekali guna sahaja (single use).

“Nak pakai untuk sehari boleh, tetapi bukan sampai dua atau tiga hari tau!,” tegasnya.



Pada masa sama, ada sesetengah orang yang kurang berkemampuan sehingga terpaksa membasuh pelitup muka untuk menghilangkan kotoran. Namun, ia bukan cara terbaik.

“Tindakan itu bukan sahaja tidak pemberi pelindungan kepada si pemakai, malah akan lebih memudaratkan,” ujarnya lagi.

Oleh itu, saranan Dr Arisman, kaedah lainnya, orang ramai boleh membeli pelitup muka jenis kain agar ia dapat dicuci dan dipakai semula.

Mengulas dakwaan cacing terdapat pada pelitup muka pula, Dr Arisman berkata, sejak 13 tahun dalam dunia perubatan, beliau belum pernah beliau menemui kes sebegitu.



Pendek kata, ia sangat mengarut.

Bimbang ada cacing, wanita rebus pelitup muka

Susulan tular pelitup muka di luar negara dipercayai mengeluarkan cacing halus sebaik diwap dengan air panas, seorang wanita negara ini telah bertindak memasak pelitup muka bagi mengelakkan kejadian itu berulang.

Menerusi grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, wanita berkenaan telah memasak beberapa pelitup muka terbabit yang direndam dalam periuk untuk meredakan kebimbangannya.



Dengan kapsyen, “Sejak viral (tular) cacing halus di mask (pelitup muka) ni. Was was nak pakai. akhirnya akak masak je sebelum guna”.

Status wanita berkenaan yang disifatkan bergurau atau sengaja berbuat demikian mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya menyatakan pendapat mereka berhubungan isu terbabit.

Kata D’loy Putriayyan, sebelum ini dia pernah memakai pelitup muka namun mengalami kegatalan hingga tumbuh jerawat di wajahnya.

“Patutla bila pakai mask muka jadi gatal-gatal, naik jerawat terus,” katanya.



Komen netizen
Malah Siti Nurhidayu juga menyatakan perkara yang sama apabila tumbuh jerawat di bahagian mulut sebaik memakai pelitup muka.

Begitu juga kata Azlinashafie Na Nik Rasedi, “Saya kalau pakai mask je… dia punya gatal hidung ini macam ada benda merayap je”.

Bagaimanapun, dakwaan mereka itu disangkal oleh Effieyy Syafieyy II dengan memberitahu, kemungkinan kulit si pemakai itu sensitif semasa menggunakan pelitup muka mengakibatkan kegatalan pada wajah.



“Yang berjerawat itu kerana kulit awak sensitif dan rengsa disebabkan fabrik mask tu, jadi boleh cari mask yang sesuai untuk kulit sensitif. Dekat kedai serbaneka ada menjual RM35 sekotak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hidung sensitif,” ujarnya.

Kata Ismi Liyana pula,”Rupanya bukan cacing tapi tekstur fiber (serat) dalam mask tu… Allahu… Tak perlu direbus kak…”

Sehingga kini, status wanita berkenaan tular hingga meraih lebih 9,100 komen, 17,000 tanda suka dan 1,100 perkongsian-SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker