Presiden Parlimen Eropah meninggal dunia

ROM – Presiden Parlimen Eropah, David Sassoli meninggal dunia di Itali pada Selasa, kata jurucakapnya di Twitter.

Roberto Cuillo dalam ciapannya memaklumkan, Sassoli menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.15 pagi (waktu tempatan) di Pusat Rujukan Onkologi (CRO) di Aviano.

“Mendiang meninggal dunia selepas mengalami komplikasi serius berkaitan sistem imun badan,” katanya.



Bekas pembaca berita televisyen berusia 65 tahun itu dimasukkan ke CRO sejak 26 Disember lalu.

Pada September lalu, Sassoli mengalami pneumonia teruk semasa sesi Parlimen di Strasbourg, Perancis.

Warga Itali itu sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat bertanding semula bagi mempertahankan jawatannya.

Anggota Parlimen dijangka mengadakan pengundian pusingan pertama pada Selasa depan bagi melantik pengganti Sassoli. – AFP



Presiden Parlimen Eropah meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker