Syed Saddiq cadang undi percaya terhadap Muhyiddin

Syed Saddiq cadang undi percaya terhadap Muhyiddin

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan undi percaya dilakukan di Dewan Rakyat selepas Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin awal bulan ini.

“Saya cadangkan di Dewan ini, dengan tiba-tiba darurat ditamatkan minggu lalu, dengan itu khususnya apabila Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) dan Umno keluarkan kenyataan tidak lagi sokong Perdana Menteri, untuk kita ada kerajaan yang stabil, perlu diadakan undi percaya dalam Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat.

Pada 7 Julai lalu, Umno mengumumkan ia menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta dan mahu presiden Bersatu itu meletak jawatan.

Zahid ketika membuat pengumuman itu berkata, Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat keputusan itu selepas mendapati Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepadanya.

Sementara itu, Syed Saddiq membidas tindakan Ahli Parlimen Umno terus membisu di Dewan Rakyat, tidak sama dengan kelantangan mereka mengkritik kerajaan Perikatan Nasional di media sosial.

“Ini bukan kerajaan Bersatu sahaja, mana Umno? Dekat media sosial ‘pung pang’ hebat mengkritik, tetapi dalam Dewan sunyi, diam tak cakap apa-apa pun.

“Jangan takut, kalau mereka nak ugut biarlah ugut. Kita lawan. Kalau nak lawan, betul-betul lawan kerana rakyat menilai dan melihat,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Syed Saddiq cadang undi percaya terhadap Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tanpa desakan UMNO, mustahil darurat ditamatkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker