Laksa buka pintu rezeki buat Hazama

Laksa buka pintu rezeki buat Hazama

Laksa buka pintu rezeki buat Hazama

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang berkuat kuasa hari ini, bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada rakyat malah ia turut sama dirasai penggiat seni tanah air.

Akur dengan arahan kerajaan yang mahu memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, semua warga seni industri kreatif terpaksa ‘berkurung’ dan berehat seketika daripada meneruskan kerja meskipun terpaksa menelan air liur dek pendapatan terjejas.

Laksa buka pintu rezeki buat Hazama

Bagi penyanyi Hazama, dia mengakui kewangannya sedikit terkesan apatah lagi beberapa tawaran kerja yang membabitkan dirinya terpaksa ditangguhkan.

Namun, dia bersyukur apabila langkah beraninya dalam mengusahakan perniagaan laksa perlahan-lahan menampakkan hasil yang memberangsangkan.

“Saya sebenarnya ada beberapa tawaran kerja seni yang sudah diterima tetapi akhirnya terpaksa ditangguhkan kerana ‘lockdown’. Jadi saya terpaksa akur dengan arahan tersebut memandangkan kes Covid-19 agak membimbangkan.

“Saya bersyukur kerana perniagaan laksa yang diusahakan sewaktu musim PKP lalu membuahkan hasil dan ia menjadi pendapatan sampingan untuk saya dan keluarga.

“Jika sebelum ini jualan laksa hanya terhad untuk pembeli di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tetapi sejak dijual di platform e-dagang Shopee, ramai yang di luar kawasan sudah boleh membuat tempahan,” katanya.

Hazama berkata demikian pada sidang media program Sumbang Suara yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hazama atau nama penuhnya Hazama Ahmad Azmi berazam untuk terus mengembangkan perniagaan laksa sehingga ke peringkat yang lebih besar.

“Saya dalam perancangan untuk menambah baik laksa saya ini agar ia boleh dimakan dalam masa lebih sehari.

“Saya kena banyak mendalami dan belajar tentang industri pemakanan supaya laksa saya ini dapat bertahan lama dan tidak cepat basi.

“Ditambah lagi bila laksa saya kini dijual dalam Shopee, jumlah tempahan makin bertambah. Jadi, saya harus memikirkan bagaimana cara untuk menggandakan proses penyediaan makanan dengan banyak,” ujarnya. Utv

Laksa buka pintu rezeki buat Hazama


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker