Nik Amar beri harapan lagi, Jika undi PAS, Kelantan akan kaya raya dengan nadir bumi

Kelantan akan menjadi kaya-raya dan makmur jika PAS terus memerintah negeri itu dan mengeksploitasi unsur nadir bumi yang kaya, menurut pemimpin kanannya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri kini sedang merangka laluan untuk melombong nadir bumi, dianggarkan bernilai RM125 bilion.

“Dasar untuk pengeluaran unsur nadir bumi sudah ada di peringkat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang akan diikuti oleh kerajaan negeri.



“Kita akan berhadapan cabaran dalam menguruskan REE, kepakaran atau ahli profesional diperlukan dan insya-Allah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kita akan susun sebaiknya pengurusan hasil bumi berkenaan.

“Kerajaan sebelum ini dikaitkan dengan kebergantungan kepada hasil balak, jadi bila adanya REE selepas ini kayu tidak lagi perlu ditebang dan itu sememangnya menjadi perancangan kerajaan negeri,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Mohd Amar berkata demikian pada majlis ceramah PAS yang diberi nama Jelajah Ceramah Pakat Pertahan di Pekarangan Pasar Tok Guru, Cabang Tiga, di Pengkalan Chepa malam tadi.

Daerah Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai sejumlah besar nadir bumi, mineral yang penting untuk pembuatan perkakas elektronik moden.



Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Amar, yang juga naib presiden PAS, berkata parti itu telah mengenal pasti beberapa calon baru bagi pilihan raya negeri.

Mereka, jelasnya termasuk individu yang mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk menguruskan industri nadir bumi dan memaksimumkan keuntungan.

“Kita perlu pastikan calon yang diperkenalkan bukan sahaja pakar mengenai agama tetapi dalam bidang lain.

“Mereka juga perlu diluluskan oleh Majlis Syura Ulama sebelum disemak semula di peringkat bawah bagi menentukan bahawa mereka benar-benar layak.



“Kita akan pastikan ada pelapis yang bijak untuk mentadbir negeri dengan lebih baik selain mensasarkan kemenangan enam negeri pada PRN nanti seterusnya menjadi pucuk pimpinan baharu dalam kerajaan persekutuan,” kata Mohd Amar lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara



Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker