Terlibat penipuan aktiviti perlombongan, ADUN Tempasuk nafi dan buat laporan polis

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Mohd Arsad Bistari tampil menafikan beliau terlibat dalam penipuan membabitkan kerja perlombongan di Sungai Kuala Abai, Kadamaian, Kota Belud.

Beliau berkata, ekoran tuduhan itu, satu laporan polis dibuat pada Khamis lalu.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru, Kota Kinabalu berikutan satu hantaran di media sosial Facebook ‘HELLO Kinabalu’ yang memetik nama saya dengan tuduhan penipuan dalam kerja-kerja perlombongan pasir di Sungai Kuala Abai, Kadamaian, Kota Belud.



“Dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas dan merupakan satu fitnah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Mohd Arsad meminta supaya polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung tuduhan itu.

“Saya juga telah merujuk kepada peguam untuk mendapatkan nasihat bagi mempertimbangkan tindakan perundangan terhadap pihak yang sengaja membuat tuduhan palsu mengaibkan saya,” katanya.

 



Lima wanita jadi hamba seks berjaya diselamatkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker