Pakai kostum tutup kepala, tak beritahu isteri menang loteri RM143 juta

Pakai kostum tutup kepala, tak beritahu isteri menang loteri RM143 juta

Gara-gara tidak mahu isterinya menjadi semakin malas, seorang lelaki dari China membuat keputusan untuk merahsiakan kemenangan loteri bernilai 219 juta Yuan (RM143 juta).

Bukan itu sahaja, lelaki dikenali sebagai Mr Li itu juga turut merahsiakan perkara tersebut daripada anaknya dan hanya hadir seorang diri ke pejabat loteri bagi menuntut wang kemenangannya.



Kerana tidak mahu kantoi, Mr Li telah membuat persiapan dan perancangan rapi dengan memakai kostum kuning dengan bahagian kepalanya ditutup ketika menerima cek hadiah tersebut.

Saya tidak memberitahu isteri dan anak kerana bimbang mereka terlalu leka dan tidak akan bekerja atau malas pada masa hadapan.”
Mr Li juga dilaporkan telah menderma lima juta Yuan daripada jumlah tersebut kepada badan amal kebajikan dan mengakui belum mempunyai rancangan tentang apa yang akan dilakukan dengan baki wang kemenangan itu.

Terdahulu, Mr Li telah membeli tiket di sebuah kedai di Litang, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 120,000 orang penduduk terletak di sebelah timur Nanning.

Oleh kerana tidak mahu isteri dan anaknya tahu tentang wang yang dimenanginya itu, Mr Li telah memandu ke bandar tersebut seorang diri untuk menunjukkan bukti tiket di ibu pejabat berkenaan.



Dia juga akui takut untuk ke mana-mana dan hanya tidur di hotel kerana bimbang kehilangan tiket loteri yang dimenanginya sebelum sempat menuntut cek.

Pakai kostum tutup kepala, tak beritahu isteri menang loteri RM143 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker