Mahathir Harimau Kertas : Ronnie jangan melampau, kata pemimpin pusat PPBM

Ronnie jangan melampau, kata pemimpin pusat PPBM

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu diingatkan tidak bertindak melampaui batas dengan membuat kenyataan boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama di antara komponen Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Abu Bakar Yahya berkata tindakan Liu membuat kenyataan mempersoalkan kedudukan partinya dan pengerusi Dr. Mahathir Mohamad satu tindakan biadap selain melampaui pendirian pimpinan tertinggi PH.

Kata beliau, Liu yang juga Adun Sungai Pelek tidak perlu berlagak sombong dengan membayangkan kononnya PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa PPBM.



“Saya ingin bertanya kepada Ronnie (Liu), apakah kenyataan beliau itu mewakili pandangan peribadi atau pendirian DAP? Apakah dia lupa bahawa PPBM itu salah satu parti komponen dalam PH bersama-sama PKR, Amanah, Warisan dan UPKO?

“Kenyataan beliau itu sudah tentunya mengundang pelbagai sentimen yang boleh menjelaskan hubungan antara parti dalam PH.

“Jangan lupa bahawa tanpa Dr. Mahathir, PH mungkin tidak berpeluang untuk membentuk kerajaan pada hari ini. Itu faktanya,” kata beliau hari ini.
Pada masa sama, Abu Bakar yang juga setiausaha politik Mahathir turut meminta kepimpinan DAP supaya lebih ‘prihatin’ berhubung tindakan Liu itu dan mengambil langkah yang sewajarnya.

Pemimpin DAP itu dipetik portal berita tempatan mendakwa PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa PPBM.



Selain itu, beliau turut mendakwa Mahathir mengejar model Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.

Malah, Liu mempersoalkan pendirian Mahathir yang menerima bekas ahli politik Umno sebagai ahli PPBM selain kegagalan menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

FMT



Related Articles

One Comment

  1. Harimau Kertas adalah berasal dari perumpamaan Inggeris “Paper Tiger” bermaksud “a person or thing that appears powerful but is in fact weak or insignificant”. Saya rasa tak ada apa yang perlu dihebohkan atau cepat kita berasa kalut bila Ronnie Liu gunakan perbahasa Inggeris ini. Macam selalu orang Melayu guna peribahasa Melayu dalam penulisan dan percakapan seharian contohnya “gajah putih”, ‘hangat-hangat tahi ayam”, “ayam tambatan”, “ikan haruan makan anak”, “malu-malu kucing” dan banyak lagi contoh yang lain. Dulu pun tahun 1975 ada satu filem Inggeris gunakan judul “Paper Tiger” lakonan David Niven, mereka berlakon di Malaysia.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker