Penjenayah tebuk bumbung, larikan barang kemas dan wang di Ampang

AMPANG: Sepasang suami isteri kerugian RM9,500 selepas rumah mereka di Ampang Jaya di sini, dipecah masuk melalui bumbung, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azam Ismail, berkata mangsa keluar meninggalkan kediaman mereka kira-kira jam 10 pagi untuk berniaga di sekitar Jalan Ampang.

“Apabila pulang kira-kira jam 3 petang, mangsa memasuki rumah dan mendapati ruang tamu dalam keadaan berselerak manakala pintu bilik utama terkunci dari dalam.



“Mangsa menggunakan kunci pendua untuk membuka bilik berkenaan sebelum mendapati barangan berselerak manakala siling terbuka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang suspek lelaki tidak dikenali berada di atas bumbung rumah mangsa.

Katanya, suspek dipercayai memecah masuk melalui bumbung dan memecahkan siling untuk menceroboh rumah.

“Beberapa barangan berharga milik mangsa didapati hilang antaranya barangan kemas bernilai RM7,000 dan wang tunai RM2,500 dengan kerugian dianggar RM9,500.



“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat kes untuk menghubungi balai berdekatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker