Ahli Parlimen bebas sokong saya jadi PM, tak perlu melalui parti – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata setiap Ahli Parlimen tanpa mengira parti bebas menyokong dirinya untuk menjadi perdana menteri seperti mana terkandung dalam Perlembagaan.

“Kalau ada antara lain daripada Parlimen yang membuat keputusan untuk menyokong saya, itu hak Parlimen yang bersandarkan Perlembagaan negara.

“Dalam Perlembagaan ada mengatakan jika seseorang ingin menjadi perdana menteri, beliau perlu mendapatkan kepercayaan majoriti Parlimen. Kalau mengikut istilahnya 112 kerusi, tapi ia tak menentukan sama ada ia perlu dari mana-mana parti.” katanya pada sidang media, malam tadi.



Beliau berkata, Ahli Parlimen tidak mempunyai masalah menyokong calon perdana menteri secara individu atau berkumpulan.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) menafikan gabungan itu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membentuk kerajaan persekutuan, kata pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, semua Ahli Parlimen BN yang memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sudah menandatangani akujanji, selain memberi mandat kepadanya menentukan sebarang kerjasama bagi penubuhan kerajaan.

“Sehubungan ini, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti, termasuk kerusi Parlimen, selaras undang-undang larangan ahli Dewan Rakyat bertukar seperti seperti termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.



Tiada gabungan yang memiliki majoriti mudah dalam PRU15, dengan Pakatan Harapan bersama Muda memenangi 82 kerusi Parlimen, disusuli PN (73), BN (30), GPS (22), GRS (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1) dan dua calon bebas.

Semalam, Istana Negara meminta pemimpin parti membentuk gabungan dengan parti lain yang mempunyai kerusi paling banyak untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, ketua parti atau gabungan yang memiliki kerusi mencukupi diminta mencadangkan calon perdana menteri kepada Istana Negara sebelum 2 petang ini. FMT

Ahli Parlimen bebas sokong saya jadi PM, tak perlu melalui parti – Muhyiddin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker