Pendapat Ahli Parlimen BN perlu diambil kira- Najib

Pendapat Ahli Parlimen BN perlu diambil kira- Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana gabungan perlu mengambil kira kepentingan parti itu.

Perkara itu disampaikan oleh anaknya, Nooryana Najwa menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Najib, rundingan tersebut perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta mengambil kira pendapat semua Ahli Parlimen BN yang berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukannya untuk kepentingan sementara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib juga meluahkan perasaan rindu terhadap sahabat-sahabatnya dalam BN.

Beliau berkata, harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat, pasti akan bangkit semula. K Online

Pendapat Ahli Parlimen BN perlu diambil kira- Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker