Afiq dakwa Pachara curang, lakukan perkara dilarang

Afiq dakwa Pachara curang, lakukan perkara dilarang

Afiq dakwa Pachara curang, lakukan perkara dilarang
Pelakon, Afiq Muiz, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk sebutan semula kes tuntutan permohonan cerai oleh isterinya Pachara Apin. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Shah Alam: Pelakon, Afiq Muiz, 31, memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, atas dakwaan curang dengan lelaki lain.

Menurut Afiq atau nama penuh Muhammad Afiq Muiz, dia memfailkan nusyuz membabitkan Pachara kerana mahukan pembelaan terhadap dirinya.

“Sekarang ini kami akan berpindah ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan kami akan sabit nusyuz di sana.

“Kami failkan nusyuz sekitar lebih sebulan lalu dan sebutan pertama adalah pada 4 Julai depan,” katanya kepada Harian Metro.

Afiq ditemui selepas prosiding kes tuntutan fasakh oleh Pachara di Mahkamah Rendah Petaling, Subang Bestari, di sini, petang tadi.


Baca Artikel Menarik:

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Kata Afiq, dia memfailkan nusyuz kerana mendakwa Pachara ada lelaki lain dan melakukan perkara yang melanggar hukum syarak.

“Ia adalah antara sebab kenapa saya failkan nusyuz. Saya ada bukti dan akan bawa semua itu ke mahkamah.

“Sebagai suami, saya berasa sedih bila isteri ada lelaki lain dan tak mendengar cakap  serta melakukan perkara yang dilarang.

” Saya berkecil hati dan ia adalah kenapa saya berdiam diri selama ini,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secara baik, pelakon  itu hanya menyerahkannya  kepada mahkamah.

Baca Artikel Menarik:

Terduduk terkejut apabila dapat tahu anak ditangkap – Noralbaniah

“Saya tunggu pihak makhamah buat keputusan dan saya hanya mengikut arus. Kita tengok pihak mahkamah putuskan apa nanti.

“Saya sebenarnya sudah tuntut pendamaian dari dia tapi dia tak nak buat.Dan Saya minta dia cakap pada media bahawa saya tak salah tapi dia tak nak teruskan.

“Saya ada usaha tapi dia tak nak,

Dan saya juga nampak dia cuba ke arah islamik tapi hati saya sudah terluka,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa’at berkata, prosiding hari ini akan bersambung pada 13 Julai depan di mahkamah sama.


Baca Artikel Menarik:

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

“Untuk sesi hari ini adalah soal balas kepada keterangan dari pihak plaintif (Pachara). Untuk tarikh akan datang, kita akan sambung bicara pada keterangan pihak plaintif dan kita akan sambung sehingga selesai insya-Allah,” katanya.

Terdahulu berlangsung prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh oleh Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, di sini.

Prosiding pada hari ini membabitkan keterangan daripada Pachara yang memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu dua kali.

Pada November tahun lalu, media melaporkan Afiq membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah.

Afiq dilapor menyerahkan kepada peguam untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul dilemparkan wanita terbabit.

Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah mendakwa Afiq juga pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah.

Afiq dakwa Pachara curang, lakukan perkara dilarang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker