Ejek polis, remaja ‘wheelie’ depan balai

Ejek polis, remaja ‘wheelie’ depan balai

Ejek polis, remaja ‘wheelie’ depan balai
Remaja terbabit dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ ketika melalui Balai Polis Duampanua. – Istimewa

JAKARTA – Seorang remaja lelaki di wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian ramai apabila dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ di hadapan balai polis sebagai cara mengejek, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian dirakam di hadapan Balai Polis Duampanua dekat Pinrang.

Rakaman video kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan remaja terbabit menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

 

Dia kemudian berdiri lalu melakukan aksi ‘wheelie’ ketika lalu di hadapan balai polis tersebut.

Ketua Polis Trafik Polis Pinrang, Inspektor Saripuddin berkata, perbuatan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah pengguna jalan raya lain.

“Remaja itu mengejek polis kerana dia sempat menunjuk ke arah balai sebelum melakukan ‘wheelie’,” kata Saripuddin.

Masih belum jelas sama ada pihak berkuasa akan mengambil tindakan lanjut. – AGENSI

Ejek polis, remaja ‘wheelie’ depan balai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker